Sisi dekat (Bulan)
Sisi dekat (Bulan)

Sisi dekat (Bulan)

Sisi dekat Bulan ialah hemisfera qamari yang menghadap Bumi secara tetap. Sisi Bulan yang tidak menghadap Bumi disebut Sisi jauh Bulan. Hanya satu muka Bulan, yakni sisi dekatnya, dapat dilihat dari Bumi kerana Bulan berputar pada paksinya pada kadar yang sama ia mengelilingi Bumi. Keadaan ini digelar putaran segerak atau penguncian pasang surut. Bulan diterangai Matahari, dan fasa bulan disebabkan perubahan berkitar pada keadaan pemandangan dari Bumi. Bahagian-bahagian Bulan yang tidak diterangi kadang kalanya dapat dilihat dengan samar-samar akibat pancaran bumi, iaitu pantulan pancaran Matahari dari permukaan Bumi terhadap Bulan. Oleh sebab orbit Bulan berbentuk elips sedikit dan condong terhadap satah khatulistiwanya, librasi membolehkan sehingga 59% permukaan Bulan dilihat dari Bumi (akan tetapi hanya setengah pada bila-bila masa dan dari mana-mana tempat).